Umair Property
Lokasi Pejabat Azmi Real Estate Agency

Hi! Saya Umair Ejen Rumah Berdaftar Di Johor

Umair Property

Servis Ejen Rumah

Semak Harga Pasaran

Saya menyediakan servis semak harga pasaran hartanah secara percuma. Penting untuk penjual tahu nilai sebenar hartanah mereka sebelum menetapkan harga jualan yang sesuai.

umairproperty

Memasarkan Hartanah

Selepas harga jualan sudah ditentukan, saya akan bantu penjual membuat pengiklanan hartanah. Antara medium pengiklanan yang biasa digunakan adalah di sosial media, mudah.my, iproperty.com dan propertyguru.

Viewing Rumah

Saya akan bantu membawa pembeli yang berpotensi melihat rumah. Proses jual beli akan diterangkan sebaiknya semasa sesi viewing. Jika perlu rundingan harga, ejen akan bantu penjual dan pembeli mencapai harga yang terbaik.

Menguruskan Pembiayaan

Setelah pembeli bersetuju untuk membeli rumah, saya akan bantu pembeli menguruskan pembiayaan daripada bank. Networking yang luas antara ejen dan bank akan membantu proses pembiayaan pembeli menjadi lebih mudah.

Urusan Peguam

Saya akan bantu pembeli dan penjual untuk melantik peguam bagi mneguruskan penjualan rumah secara sah sehingga serahan kunci. Perkemabngan terkini berkenaan proses pindah milik akan diberitahu ejen dari masa ke semasa.

Serahan Kunci

Setelah selesai proses penukaran nama, Saya akan bantu penjual menguruskan proses serahan kunci kepada pembeli. Hasil jualan rumah juga akan diserahkan kepada penjual melalui peguam.

Anda Mengalami Masalah di Bawah?

Tukar Tempat Kerja

Pindah rumah di kawasan lain sebab tukar tempat kerja. Biasanya berpindah supaya lebih dekat dengan tempat kerja dan keluarga

Masalah Kewangan

Mengalami masalah komitmen yang sangat tinggi. Keperluan mendesak jual rumah untuk tutup hutang

Upgrade Rumah

Mahu upgrade rumah kerana ahli keluarga semakin ramai. Anak-anak sudah besar perlu bilik lebih banyak

Downgrade Rumah

Mahu downgarade rumah yang lebih kecil kerana kos maintenance rumah terlalu tinggi. Tinggal hanya berdua.

Rumah Ada Masalah

Kualiti rumah tidak berapa bagus. Banyak kerosakan berlaku. Kawasan sekitar juga kurang berkembang

Ambil Keuntungan

Dulu beli rumah pada harga yang murah. Mahu jual untuk dapatkan keuntungan daripada kenaikan harga market semasa

Faktor Peribadi

Mengalami masalah peribadi seperti penceraian. Ada juga yang ingin menguruskan pusaka dan bahagi ikut faraid

Hubungi Saya Untuk Bantu Anda!

Umair Property

Timeline Proses Jual Beli Hartanah

Seminggu
Booking

Pembeli bersetuju untuk beli rumah akan letak deposit sebagai tanda jadi. Ejen akan menjadi orang tengah menjaga hak pemilik rumah dalam urusan jual beli. Deposit akan dimasukkan ke dalam akaun bank agensi atau pihak peguam panel.ย 

14-21 Hari
Bekerja
Home Financing/Loan

Ejen akan bantu pembeli untuk urusan pembiayaan rumah. Tempoh permohonan biasanya 14 - 21 hari bekerja. Jika pembiayaan tidak lulus deposit akan dikembalikan.

Seminggu
Singning SPA & 14A

Setelah pembiayaan pembeli berjaya lulus, ejen akan menasihati pembeli melantik peguam panel untuk menyediakan perjanjian jual beli (SPA). Penjual dan pembeli akan tandatangan perjanjian SPA & borang 14A sebagai tanda setuju jual beli secara formal.ย 

2 - 6 Bulan
Consent Application
(if any)

Terdapat rumah yang mengandungi consent (sekatan) sebelum boleh dijual. Peguam perlu memohon pelepasan terlebih dahulu ย daripada pihak berkuasa. Contoh rumah murah, leasehold dan bumi release.ย 

1 - 2 Bulan
Redemption/Tutup Hutang

Selepas sign SPA atau dapat pelepasan consent jika ada sekatan, pihak peguam akan meneruskan proses redemption atau tutup hutang penjual daripada pihak bank pembeli. Selepas itu, bank penjual akan lepaskan geran original rumah kepada peguam. ย 

1 - 2 Bulan
MOT/Tukar Nama

Selepas mendapat geran daripada pihak bank, peguam akan meneruskan proses tukar nama di Pejabat Tanah & Galian yang telah ditetapkan.

Seminggu
Disbursement/
Serahan Kunci

Selepas urusan tukar nama selesai, peguam akan mohon pelepasan baki duit jualan ke dalam akaun peguam.ย 

Peguam akan buat rumusan kiraan untuk penjual dan pembeli.ย 

Baki jualan akan diserahkan kepada penjual. Kunci rumah akan diserahkan kepada pembeli.ย 

Hendak Berbual dengan Ejen?

Umair Property

Anda Ingin Menjual Hartanah Di Johor?

Isikan butiran hartanah anda di bawah:

This field is required.
This field is required.
This field is required.
Jenis Hartanah *
This field is required.
Tingkat *
This field is required.
Status *
This field is required.
Jenis Pegangan *
This field is required.
This field is required.

Anda Ingin Sewakan Hartanah Di Johor?

Isikan butiran hartanah anda di bawah:

This field is required.
This field is required.
This field is required.
Jenis Hartanah *
This field is required.
Tingkat *
This field is required.
This field is required.
Furnishing *
This field is required.